Kelas Asas Microsoft Publisher

28 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa – 27 Oktober 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas asas Microsoft Publisher yang bermula pada jam 4.00 petang hingga 4.30 petang. Kelas yang diadakan ini bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu dan dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah rendah dan menengah Lubok Antu.
Pada kelas ini, peserta telah diarahkan untuk menghasilkan sebuah risalah. Peserta juga telah di dedahkan dengan penghasilan risalah menggunakan template yang sedia ada pada Microsoft Publisher. Hal ini adalah bagi mengalakkan peserta memanfaatkan dan memperkenalkan fungsi-fungsi yang terdapat pada Microsoft Publisher. Selain itu, peserta telah dibimbing dalam menyimpan gambar, membuat reka letak tulisan dan gambar, mengubah warna tulisan serta diajar untuk menyimpan hasil akhir risalah yang telah disiapkan. Sebagai aktiviti tambahan, peserta telah diberikan ceramah ringkas dan tayangan video Klik Dengan Bijak iaitu Hendap Siber.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Ceramah dan tayangan video KDB (Hendap Siber)
2. Pengenalan kepada Surat rasmi
3. Latihan menghasilkan Surat rasmi
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali